| |
|
| |
Di dalam Sistem Rawatan Air eSpring terdapat
penuras blok karbon tekan yang diaktifkan. Blok
karbon pelbagai peringkat yang berpaten ini secara
berkesan menyingkirkan:
- rasa dan bau klorin
- partikel yang bersaiz sehingga sekecil 0.2 mikron, oleh itu mempertingkatkan kejernihan
- lebih daripada 140 bahan cemar yang mungkin menjejaskan kesihatan, termasuk
plumbum, merkuri, VOC, keluaran sampingan
penyahjangkitan seperti THM, dan aditif petrol
MTBE.
|
Cara ia berfungsi
Penurasan karbon telah lama menjadi teknologi
pilihan untuk sistem rawatan air di rumah tetapi
penuras karbon eSpring berpaten kami mampu melakukan lebih lagi. |
|

|
|
| |
| Kebanyakan bahan cemar berkaitan kesihatan
(racun perosak dan keluaran sampingannya,
VOC, THM) mengandungi molekul karbon, dan
molekul karbon cenderung untuk merekat. Oleh
yang demikian bahan cemar dalam air paip akan
merekat pada penuras blok karbon itu. |
|
Pengaktifan meningkatkan permukaan karbon
Kami ‘mengaktifkan’ karbon menerusi proses
haba khas yang mewujudkan beribu-ribu rongga.
Ini meningkatkan kawasan permukaan yang
tersedia untuk menarik bahan cemar. Karbon
ini kemudiannya ditekan bersama supaya wujud
blok karbon tetap. Kawasan permukaan yang
bertambah ini meningkatkan keupayaan penuras
itu menarik dan ‘memerangkap’ bahan cemar
berasaskan karbon ketika air lalu menerusi
blok. Pelbagai bahan cemar organik lain juga
cenderung untuk merekat pada permukaan
yang berongga, oleh yang demikian penuras blok
karbon bertindak sebagai magnet terhadap bahan
cemar. Tiada sistem dalam rumah lain yang dapat
mengurangkan lebih banyak bahan cemar yang
mungkin menjejaskan kesihatan berbanding
eSpring.
Untuk menambah permukaan penyingkiran
mendapan sebanyak empat kali ganda lagi,
prapenuras polipropilena ditambah ke dalam
sistem tersebut. Tiada ruang tambahan diperlukan
untuk memuatkan prapenuras ini kerana ia
disertakan dengan kartrij. Ia diguna untuk
menyingkirkan partikel bersaiz sehalus 1 mikron. |
|
|
|
Blok karbon berpaten kami:
- memerangkap partikel sekecil 0.2 mikron
- merawat sehingga 5,000 liter (1,320 gelen) air atau satu tahun, mana-mana yang terdahulu.
- mengguna teknologi berpaten unik untuk eSpring
|
|
Nutrien berfaedah boleh lalu menerusinya
Meskipun sebahagian besar bahan cemar yang
menjejaskan kesihatan adalah berasaskan
karbon, kebanyakan mineral berfaedah seperti
kalsium, magnesium dan fluorida yang menentang
kerosakan gigi tidak begitu. Itu bererti ia tidak
merekat pada penuras blok karbon; ia terus lalu
menerusinya dan kekal berada di dalam air. |
| |
| |
|
| |
Pada tahun 1919 dahulu, teknologi UU diiktiraf
sebagai satu cara berkesan untuk merawat air
tanpa menambah bahan kimia. Teknologi cahaya
UU membawa Sistem Rawatan Air eSpring™ ke
tahap seterusnya bagi penulen air di rumah dengan
melakukan apa yang penuras karbon sematamata
tidak boleh lakukan — ia memusnahkan
mikroorganisme. |
| |
| |
Cara ia berfungsi
Lampu UU Sistem Rawatan Air eSpring terletak di
tengah-tengah kartrij, menghantarkan cahaya UU sehingga 80 millijoules/cm² (unit ukuran) — cukup untuk memusnahkan lebih daripada 99.99% bakteria dan
virus yang mungkin ada dalam air minum. |
|

|
|
| |
Air sentiasa mengalir dingin
Air paip yang dialihkan ke unit akan mengaktifkan
sensor dan menyalakan lampu secara serta-merta dan
automatik. Disebabkan lampu tidak menyala sepanjang
masa, ia tidak membazirkan tenaga atau memanaskan
air yang ada, oleh itu air sentiasa mengalir dingin atau
pada suhu paip. Mengasingkan lampu UU daripada sumber kuasa juga memberikan lebih keselamatan dan kebolehpercayaan. |
| |
Sistem adalah tahan lama
Tidak perlu lagi wayar elektrik yang berselirat antara
unit dan kartrij. Ia memudahkan kerja penggantian
kartrij itu dan melindungi sistem, seterusnya
menjadikannya lebih tahan lama. |
| |
| |
|
| |
Dengan sistem pemantauan elektronik, anda tidak
perlu bimbang mengenai penggantian penuras terlalu
awal atau terlalu lewat, dan sistem ini adalah cukup
maju, ia secara automatik ‘membaca’ hayat kartrij
yang dimasukkan, sama ada kartrij itu baru, separuh
diguna, atau telah diguna seluruhnya. Tidak perlu lagi
mengagak ketika tiba masa untuk menentukan hayat
kartrij. Sekali lagi, ia juga memaklumkan anda jika
terdapat sebarang masalah. |
| |
Agar sistem pemantauan elektronik itu memantau
dengan betul, bekalan kuasa ke eSpring mestilah
dihidupkan. eSpring menggunakan kuasa elektrik
yang sangat sedikit bila ia berada dalam mod sedia. |
|
|

|
|
| |
|
Operasi biasa
Ketika sistem itu menuras air,
anda boleh melihat titisan air
bergerak. |
| |
|
|
Hayat kartrij tinggal 10%
Anda akan mendengar
bunyi bip ketika anda mula
menukar ke seting air terawat.
Ini menunjukkan bahawa
hayat kartrij itu tinggal 10%
dan sudah tiba masa untuk
diganti. |
| |
|
|
Kartrij patut diganti
Anda akan melihat ikon
penuras menyala biru dan
‘Replace Catridge’ adalah
merah. Ketika anda berada
dalam seting air terawat, anda
akan mendengar bunyi bip
setiap 2 saat. |
| |
|
|
| |